i. APA ITU COKLAT?
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah
dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan
serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak
kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai
salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain
hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur
koko.
ii. KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan
nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan |
Coklat kosong |
Coklat susu |
Tenaga |
511 kcal |
514 kcal |
Lemak |
32.3 g |
29.0 g |
Protein |
4.1 g |
8.1 g |
Karbohidrat |
51.9 g |
56.1 g |
Zat Besi |
2.3 mg |
0.8 mg |
Kalsium |
29.0 mg |
233.0 mg |
Tiamin |
0.04 mg |
0.09 mg |
Riboflavin |
0.02 mg |
0.3 mg |
Niasin |
0.4 mg |
0.4 mg |
Vitamin A |
22.0 mg |
84.0 |
iii. KELEBIHAN
COKLATMemang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak
dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan
tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah
sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya
menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan
zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu
hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari
jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata,
‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat
adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat
memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara
sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Membantu menguatkan hafalan
c) Membantu menajamkan mata dan minda
d) Membantu memulihkan keletihan saraf
e) Membantu menguatkan daya ingatan
f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian
akibat penyakit koronari jantung
h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i) Melambatkan proses penuaan
rujuk blog: http://coklatkismisdoa.com/?page_id=13