LOLY COKLAT ( KOD UC 008)
Coklat Ustazah Zue
Selamat Datang ke Blog Ustazah... Ahlan Bikum
Tuesday, 10 April 2012
Wednesday, 28 March 2012
Coklat Oreo...
Assalamualaikum teman dan sahabat ..
Ni Ustazah sertakan beberapa contoh gambar coklat yang sudah sedia untuk tempahan ..
Ni Ustazah sertakan beberapa contoh gambar coklat yang sudah sedia untuk tempahan ..
Coklat Oreo
Banyak gambar nak upload... tapi x sempat.. nanati kalau ada masa ustazah akan masukkan gambar....
Monday, 5 March 2012
Kelebihan Coklat
Kelebihan Coklat



i. APA ITU COKLAT?
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
ii. KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan | Coklat kosong | Coklat susu |
Tenaga | 511 kcal | 514 kcal |
Lemak | 32.3 g | 29.0 g |
Protein | 4.1 g | 8.1 g |
Karbohidrat | 51.9 g | 56.1 g |
Zat Besi | 2.3 mg | 0.8 mg |
Kalsium | 29.0 mg | 233.0 mg |
Tiamin | 0.04 mg | 0.09 mg |
Riboflavin | 0.02 mg | 0.3 mg |
Niasin | 0.4 mg | 0.4 mg |
Vitamin A | 22.0 mg | 84.0 |
iii. KELEBIHAN COKLAT
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Membantu menguatkan hafalan
c) Membantu menajamkan mata dan minda
d) Membantu memulihkan keletihan saraf
e) Membantu menguatkan daya ingatan
f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i) Melambatkan proses penuaan
rujuk blog: http://coklatkismisdoa.com/?page_id=13
Saturday, 3 March 2012
Coklat untuk ditempah..
Assalamualaikum..
Kepada yang berada di melaka ..juga yang berada di kelantan ( khas musim cuti sekolah sahaja.. boleh membuat tempahan .. ustazah sediakan 3 bentuk untuk ditempah .. insya ALLAH comel dan menarik... untuk majlis-majlis atau hadiah kepada sahabat2 atau guru-guru.. bilangan tempahan boleh dirunding.. hubungi ustazah ye di 0139803224...
2+1 Coklat bentuk Mawar/Hati/ Daun/ Kerang
RM 2.30 sahaja
2 Coklat bentuk Mawar/Hati/ Daun/ Kerang
RM 1.50 sahaja
4 Coklat Mawar
RM 3.00 sahaja
RM 3.00 sahaja
Tempahan door gift untuk majlis pertunangan/ majlis tahlil/ rumah terbuka atau sebagai hadiah cenderahati hari guru dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)